Kerajaan perkasa usahawan tempatan

Kerajaan perkasa usahawan tempatan

pmks
EWON BENEDICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Komitmen kerajaan memperkasa usahawan tempatan terus dizahirkan melalui pelaksanaan Program Keusahawanan dan Kemahiran JORAN 2.0 anjuran Yayasan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dengan kerjasama Mahabbah Malaysia.

Program empat hari di Wendu Inn Tag Valley, Taginambur itu memperuntukkan lebih RM300,000 untuk membimbing 30 usahawan Sabah dengan pendekatan menyeluruh merangkumi bantuan kelengkapan, sokongan modal serta pemantauan sehingga enam bulan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, program ini melengkapkan usaha kerajaan dalam memastikan usahawan tempatan tidak hanya mendapat peluang memulakan perniagaan, malah dibimbing untuk terus berkembang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan sentiasa komited memperkasa usahawan tempatan melalui bimbingan dan sokongan menyeluruh seperti program ini.

“Pendekatan seperti JORAN 2.0 ini membuktikan kita bukan sahaja menyediakan dana, tetapi turut memastikan usahawan dibimbing secara berterusan sehingga mereka mampu berdiri sendiri dan menjadi inspirasi kepada yang lain,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Program JORAN 2.0, di sini hari ini.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian menambah, kejayaan peserta JORAN 1.0 menjadi bukti bahawa bimbingan bersepadu memberi kesan positif kepada pembangunan usahawan, sekali gus mendorong lebih ramai untuk menceburi bidang keusahawanan.

Sementara itu, Pengerusi KOSMA, Datuk Zamri Mohamed berkata, siri pertama JORAN terbukti berkesan apabila 30 peserta berjaya meningkatkan pendapatan keseluruhan daripada RM300,000 kepada hampir RM500,000 dalam tempoh enam bulan.

“Kami yakin peserta JORAN 2.0 mampu mencapai pencapaian lebih besar. Usaha ini akan diteruskan ke negeri-negeri lain, dengan siri seterusnya dirancang berlangsung di Pahang,” katanya.

Beliau berharap peserta JORAN 2.0 akan mencatat kejayaan yang lebih besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan baharu di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini