Pesalah langgar SOP disyorkan dikenakan hukuman khidmat komuniti -

Pesalah langgar SOP disyorkan dikenakan hukuman khidmat komuniti

Kerajaan mengumumkan total lockdown fasa pertama mulai 1 jun ini - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu yangdikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) disyorkan diperintah melakukan khidmat komuniti di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC)  sebagai ganti atau tambahan kepada hukuman kompaun yang sedia ada.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, cadangan tersebut sedang  diperhalusi sama ada dapat memberi impak atau kesedaran yang diharapkan untuk rakyat mematuhi SOP.

“Cadangan hukuman khidmat komuniti di PKRC juga perlu diperhalusi lebih lanjut objektifnya supaya tidak dijadikan bahan polemik oleh pihak tertentu,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, tindakan itu adalah salah satu pilihan yang ada selepas tempoh amaran atau advokasi berakhir.

Azri Ahmad

Katanya, meskipun tindakan sedemikian tidak popular, ia perlu dilaksanakan kerana itu adalah salah satu pendekatan untuk mendidik rakyat agar lebih takut atau akur terhadap pematuhan SOP.
Mengulas lanjut, kata Azri,

PDRM terus menguatkuasakan pelaksanaan ke arah mengurangkan pelanggaran SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diperketatkan sejak 25 Mei lalu.
“Ketika PDRM bertegas malakukan penguatkuatkuasaan SOP masih ada masyarakat yang gagal mematuhi dan perbuatan itu menyebabkan mereka dikenakan kompaun.

“Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sendiri hampir setiap hari merayu dan menyeru orang ramai sama-sama membantu pasukan itu melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 dalam gelombang ketiga ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azri memberitahu, sebanyak 593 kompaun dikeluarkan di seluruh negara kerana tidak mematuhi SOP PKP pada hari pertama PKP 3.0 diperketatkan.

“Sebanyak 80 peratus daripada kesalahan itu gagal memakai pelitup muka, gagal daftar masuk premis; tiada penjarakan zikal dan penumpang berlebihan dalam kenderaan dan 20 peratus lagi merentas daerah tanpa kebenaran,” katanya.

Namun apa yang berlaku, masih ramai rakyat terus berdegil dan seolah-olah tidak tahu arahan kerajaan diumumkan 22 Mei lalu yang mahu lebih ramai duduk di rumah dan bukan di pusat beli-belah atau tempat tumpuan awam.

Buktinya, kebanyakan jalan raya masih sesak dengan kenderaan walaupun dianggarkan tujuh juta diarahkan bekerja dari rumah selain masih ada orang dewasa membawa bayi ke pusat beli-belah manakala taman-taman awam terus dikunjungi orang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini