Kerajaan Pahang buka ruang cadangan Belanjawan 2026

Kerajaan Pahang buka ruang cadangan Belanjawan 2026

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Pahang dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan dan pandangan bagi membantu merangka Belanjawan 2026 Negeri Pahang agar benar-benar menepati keperluan rakyat serta membawa negeri itu ke arah lebih makmur dan sejahtera.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya telah melancarkan Tinjauan Belanjawan Negeri Pahang 2026 sebagai platform rasmi untuk orang ramai menyampaikan pandangan masing-masing.

“Walaupun Retreat (Pemukiman) Belanjawan Negeri Pahang 2026 telah selesai dilaksanakan, ia bukanlah keputusan muktamad kerana masih ada beberapa sesi pemurnian yang akan dilakukan sebelum belanjawan ini dibentangkan hujung tahun nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, saya menjemput seluruh rakyat Pahang untuk berkongsi idea dan maklum balas melalui pautan https://esurvey.pahang.gov.my,” katanya menerusi kenyataan di platform Facebook hari ini.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sentiasa mendengar suara rakyat dalam merangka dasar serta pelan pembangunan negeri.

“Belanjawan Pahang 2026 adalah untuk kita semua, justeru penyertaan rakyat amat penting dalam memastikan hasil yang dirangka memberi manfaat menyeluruh,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini