Israel buka laluan sementara untuk penduduk keluar dari Gaza City

Israel buka laluan sementara untuk penduduk keluar dari Gaza City

RAKYAT Palestin membawa barangan peribadi mereka menaiki kenderaan ketika berpindah ke arah selatan dari Gaza City.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel hari ini mendakwa akan membuka laluan sementara bagi membolehkan penduduk melarikan diri dari Gaza City, ketika rejim meneruskan serangan darat besar-besaran untuk memusnahkan pejuang Hamas.

Serangan bermula awal pagi semalam dengan pengeboman besar-besaran, manakala tenteranya bergerak lebih jauh ke dalam pusat bandar terbesar di wilayah itu.

Perkembangan berlaku ketika siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israel melakukan ‘genosid’ di wilayah Palestin, dengan menyatakan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan pegawai kanan lain menghasut jenayah itu.

Tentera Israel pada Rabu mendakwa membuka laluan pengangkutan sementara melalui Jalan Salah al-Din ketika gambar AFP menunjukkan pengeboman baharu di Gaza.

Jurucakap tentera, Kolonel Avichay Adraee berkata, koridor itu hanya akan dibuka selama 48 jam bermula tengah hari pada Rabu.

Sehingga kini, tentera menggesa penduduk meninggalkan Gaza City melalui jalan pesisir menuju ke selatan, yang konon didakwa zon kemanusiaan, termasuk sebahagian kawasan Al-Mawasi.

Jalan Salah al-Din menyusuri tengah-tengah Semenanjung Gaza dari utara ke selatan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×