1.5 juta data peribadi bocor dalam serangan siber di Sweden

1.5 juta data peribadi bocor dalam serangan siber di Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Data peribadi lebih 1.5 juta individu di Sweden didakwa bocor ke dalam talian selepas serangan siber terhadap penyedia sistem IT, Miljodata, pada hujung Ogos lalu.

Menurut pihak pendakwaan Sweden, serangan itu turut menjejaskan majlis bandar dan pekan serta beberapa syarikat swasta.

Jumlah individu terjejas mewakili hampir 15 peratus daripada populasi Sweden, iaitu 10.6 juta orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Data yang dicuri berkaitan serangan terhadap penyedia sistem kini bocor,” kata pendakwa Sandra Helgadottir, sambil menambah siasatan lanjut terhadap sistem itu sedang dijalankan.

Pihak berkuasa memberi amaran kebocoran itu melibatkan data sensitif individu dan menekankan kepentingan langkah keselamatan siber yang lebih ketat.

Helgadottir berkata, sekumpulan yang menamakan diri mereka Datacarry mengaku bertanggungjawab, dan siasatan kini menumpukan kepada mengenal pasti individu atau individu yang terlibat.

“Setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan penglibatan kuasa asing,” katanya.

Media Sweden melaporkan penggodam itu menuntut bayaran 1.5 bitcoin (anggaran AS$170,000 atau RM715,089) apabila mengugut untuk mendedahkan data berkenaan.

Miljodata berkata, hujung minggu lalu, data tersebut diterbitkan di darknet.

Syarikat itu berkatam jenis data yang dibocorkan termasuk nama, alamat dan maklumat hubungan individu.

Pihak Berkuasa Sweden untuk Perlindungan Privasi berkata, pihaknya menerima 250 laporan daripada mereka yang terjejas pada akhir Ogos.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN