AS ubah tafsiran dasar kawalan senjata, longgar sekatan eksport dron

AS ubah tafsiran dasar kawalan senjata, longgar sekatan eksport dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kini boleh mengeksport dron ketenteraan canggih seperti model ‘Reaper’ dengan lebih mudah selepas Setiausaha Negara, Marco Rubio, meluluskan tafsiran semula dasar kawalan eksport negara itu, menurut Jabatan Negara.

Di bawah dasar baharu itu, dron akan diklasifikasikan sama seperti jet pejuang termasuk F-16, dan tidak lagi disamakan dengan sistem peluru berpandu.

Langkah itu membolehkan Washington mengelak kekangan Perjanjian Rejim Kawalan Teknologi Peluru Berpandu (MTCR) yang ditandatangani bersama 35 negara pada 1987, sekali gus membuka laluan eksport ke negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta beberapa negara Eropah Timur yang sebelum ini sukar mendapatkan dron buatan AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perubahan dasar itu juga membolehkan penjualan lebih 100 unit dron MQ-9 kepada Arab Saudi, selepas Riyadh membuat permintaan pada musim bunga 2025.

Pesanan tersebut dijangka dimasukkan dalam pakej jualan senjata bernilai AS$142 bilion (RM703 bilion) yang diumumkan Mei lalu.

Beberapa sekutu AS di rantau Pasifik dan Eropah turut menunjukkan minat.

Dasar baharu itu membolehkan pengeluar utama dron seperti General Atomics, Kratos dan Anduril mengklasifikasikan produk mereka sebagai jualan ketenteraan asing melalui Jabatan Negara, sekali gus mempercepatkan urusan penjualan antarabangsa.

MTCR pada asalnya diwujudkan bagi mengehadkan penjualan peluru berpandu jarak jauh, namun apabila dron ketenteraan berkembang beberapa tahun kemudian, ia turut dianggap termasuk dalam skop perjanjian tersebut kerana berupaya terbang jauh serta membawa senjata.

Industri dron AS kini berdepan saingan sengit daripada pengeluar luar, khususnya Israel, China dan Turkiye yang kerap menawarkan produk dengan syarat eksport lebih longgar atau tanpa sekatan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN