Pasangan bangsawan UK dipenjara 14 tahun sebabkan kematian bayi

Pasangan bangsawan UK dipenjara 14 tahun sebabkan kematian bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita aristokrat Britain dan pasangannya dijatuhi hukuman penjara 14 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian bayi perempuan mereka akibat kecuaian melampau ketika cuba mengelak dikesan pihak kebajikan sosial.

Constance Marten, anak kepada seorang lelaki bangsawan yang pernah berkhidmat sebagai pembantu muda istana kepada mendiang Ratu Elizabeth II dan pasangannya, Mark Gordon, memilih untuk hidup secara ‘terasing’ pada penghujung 2022 ketika Marten sedang hamil, menurut pihak pendakwa.

Hakim Mark Lucraft dalam penghakimannya berkata, pasangan itu bertindak melarikan diri kerana mahu mengelak dihidu pihak berkuasa selepas empat anak terdahulu pasangan itu diambil oleh pihak berkuasa untuk jagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Marten, 38, dan Gordon, 51, tinggal di dalam khemah di selatan England selama beberapa minggu dalam keadaan musim sejuk yang membeku.

Tindakan itu digambarkan pendakwa sebagai angkuh dan akhirnya cuai secara melampau.

Kedua-duanya menafikan tuduhan, namun selepas perbicaraan di Mahkamah Old Bailey, London, mereka disabitkan pada Julai lalu atas kesalahan membunuh tanpa niat kerana kecuaian melampau, menghalang proses keadilan, penderaan kanak-kanak dan menyembunyikan kelahiran.

Polis mula memburu mereka pada Januari 2023 selepas menemukan kereta pasangan itu terbakar di kawasan berhampiran Manchester, dengan uri bayi yang dibalut tuala ditinggalkan di dalam kenderaan tersebut.

Selepas hampir dua bulan pencarian yang mendapat liputan meluas media Britain, Marten dan Gordon akhirnya ditahan di Brighton, selatan England.

Mayat bayi mereka ditemukan dua hari kemudian.

“Kamu berdua langsung tidak memberi perhatian kepada penjagaan atau kebajikan bayi, tumpuan kamu hanyalah kepada diri sendiri,”
tegas Hakim Lucraft dalam penghakiman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN