Bayi Hari Malaysia ceriakan hidup Amirul-Nur Shamareena

Bayi Hari Malaysia ceriakan hidup Amirul-Nur Shamareena

AMIRUL Hamzah Othman dan Nur Shamareena Abdul Hisham bersama bayi pertama mereka yang diberi nama Dian Nafissa diraikan oleh jururawat di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suasana sambutan Hari Malaysia kali ini menjadi lebih bermakna buat sepasang suami isteri dari Skudai apabila dikurniakan cahaya mata sulung pada tarikh penuh simbolik, 16 September.

Pasangan muda, Amirul Hamzah Othman, 29, dan Nur Shamareena Abdul Hisham, 28, sama sekali tidak menyangka bayi pertama mereka lahir 11 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin, iaitu pada 27 September.

“Alhamdulillah, syukur semuanya selamat. Lebih istimewa, kelahiran ini jatuh pada Hari Malaysia.

“Tidak sangka langsung sebab doktor jangkakan hujung bulan ini,” kata Amirul yang bekerja sebagai juruteknik makmal ketika ditemui di hospital pakar di sini hari ini.

Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 3.36 pagi di Hospital Pakar Puteri di sini, dengan seliaan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Nooraini Sa’ari.

Bayi tersebut diberi nama Dian Nafissa, yang membawa maksud cahaya, sekali gus melengkapkan kebahagiaan pasangan tersebut pada hari penuh bersejarah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×