PGA rampas 3,490 batang kayu RM2.9 juta

PGA rampas 3,490 batang kayu RM2.9 juta

SEBAHAGIAN kayu yang dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah kilang kayu di Pasir Mas, Kelantan. - IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Batalion 9  Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis kayu bernilai RM2.9 juta selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kilang kayu di kawasan Perindustrian Apam Pasir Mas, di sini, kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, serbuan pada pukul 1.30 petang dilakukan oleh sepasukan anggota PGA menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kilang itu gagal mengemas kini dokumen berkaitan pemindahan kayu-kayu yang masuk ke dalam kilang tersebut.

“Sebanyak 1,590 batang kayu bulat pelbagai saiz dan spesies dan 1,900 batang kayu yang sudah siap diproses ditemukan di dalam kilang tersebut. Beberapa peralatan memproses kayu dan dua buah jentera berat turut ditemukan di dalam kilang itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nik Ros Azhan, hasil rampasan melibatkan  kayu dan jentera itu diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut yang mana kes disiasat di bawah Seksyen 69(1) Akta Perhutanan Negara 1984. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×