Pelaburan RM100,000 tanam terung beri pulangan lumayan

Pelaburan RM100,000 tanam terung beri pulangan lumayan

NAJMUDIN Abdul Halim bersama hasil terung yang dikutip di kebun miliknya di Kampung Bertang di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kegagalan memperoleh pinjaman bukan bermakna hasrat menceburi bidang pertanian dilupakan, sebaliknya seorang anak muda dari Kampung Bertang, di sini memilih untuk bangkit menerusi soko­ngan keluarga dan saudara-mara.

Najmudin Abdul Halim, 34, yang memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Negeri Sembilan, memulakan projek tanaman terung secara fertigasi di tanah pusaka keluarganya seluas 1. 2 hektar sejak Mac tahun lalu dengan pelaburan hampir RM100,000.

Katanya, pelaburan besar itu dibuat selepas beberapa permohonan bantuan dan pinjaman daripada pelbagai agensi gagal, namun dia enggan menjadikan kekangan tersebut sebagai alasan untuk berhenti mencuba.

“Saya memang bertekad hendak menjayakan projek ini walaupun terpaksa meminjam modal daripada keluarga hampir RM100,000 bagi membangunkan kebun termasuk kos baja, benih, infrastruktur dan upah pekerja.

“Modal agak besar, tetapi hasil yang diperoleh sangat memuaskan. Setakat ini saya sudah mampu kaut keuntungan sekitar RM30,000,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Najmudin berkata, walaupun bergiat aktif dalam pertanian, dia tidak meninggalkan kerjaya hakikinya sebagai kakitangan di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

“Kalau kerja syif malam, saya gunakan masa siang ke kebun pantau tanaman. Kalau syif siang, saya tidur di kebun pada malam hari untuk halau haiwan perosak seperti kera dan tikus,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×