ASEAN perlu patuh COC elak ketegangan Laut China Selatan

ASEAN perlu patuh COC elak ketegangan Laut China Selatan

MOHD. Nizam Jaafar (tengah) bersama delegasi ASEAN dalam Mesyuarat Panglima Angkatan Tentera ASEAN ke-22 di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kod Tata Laku (COC) yang merupakan garis panduan penting dalam pelbagai isu rentas sempadan termasuk Laut China Selatan mesti dipatuhi negara ASEAN selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar berkata, hanya dengan pengiktirafan menyeluruh terhadap kod tata laku itu, ASEAN mampu menjamin kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

“Sebagai ASEAN, kita mempunyai suara. Tetapi sebagai sebuah negara tunggal, suara kita sangat kecil. 

“Jika dilihat secara berasingan, kita terlalu kecil, namun jika kita bersatu, apa sahaja yang berlaku kepada Filipina seharusnya turut menjadi kebimbangan kita semua,” katanya dalam sidang akhbar bersama dengan Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Romeo S.Brawner Jr. selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Pertahanan ASEAN ke-22 (ACDFM) di sini semalam. 

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Romeo S. Brawner Jr. berkata, negaranya telah berusaha sekian lama untuk mendorong pelaksanaan kod tata laku tersebut.

Beliau berkata, perkara tersebut juga akan terus dibincangkan dalam persidangan ACDFM akan datang yang akan dipengerusikan oleh Filipina. 

“Amat penting untuk kita mempunyai kod tata laku yang dihormati oleh semua pihak, bukan sahaja negara-negara ASEAN tetapi juga semua negara di rantau ini.

“Jadi saya gembira kerana dalam mesyuarat tahun ini, Jeneral Mohd. Nizam sekali lagi membangkitkan perkara ini untuk dibincangkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Nizam berkata, Malaysia akan menghantar satu pasukan ke Thailand bagi membincangkan perjanjian gencatan senjata serta terma rujukan (TOR) dalam masa terdekat. 

Katanya, perkara itu telah pun dibincangkan antara Thailand dan Kemboja dalam mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC). 

“Mereka (Kemboja dan Thailand) telah bersetuju mengenai TOR yang telah kita bincangkan dan dipersetujui bersama Kemboja, dan ia akan dilihat serta dibincangkan semula dengan Thailand.

“Saya akan menghantar sebuah pasukan ke Thailand untuk membincangkan mengenai TOR tersebut,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini