Menteri Sweden pitam semasa sidang media pada hari pertama bertugas

Menteri Sweden pitam semasa sidang media pada hari pertama bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Menteri Kesihatan Sweden yang baharu, Elisabet Lann, rebah secara tiba-tiba pada hari pertama beliau memegang jawatan ketika sidang media bersama Perdana Menteri, Ulf Kristersson, semalam.

Insiden itu berlaku hanya beberapa jam selepas beliau dilantik menggantikan menteri terdahulu yang meletakkan jawatan secara mengejut.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan Lann kelihatan terhuyung-hayang sebelum jatuh bersama podium lutsinar.

Pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca kejadian, namun pegawai yang berada di tempat kejadian segera memberi bantuan kecemasan.

Media tempatan melaporkan, Lann kembali ke sidang media beberapa minit kemudian, sambil menjelaskan beliau pitam akibat penurunan paras gula dalam darah.

“Ini bukanlah hari Selasa yang biasa, dan beginilah yang boleh berlaku apabila anda mengalami penurunan gula dalam darah,” katanya yang dipetik penyiar awam Sweden, SVT.

Lann, yang sebelum ini merupakan ahli majlis perbandaran di Gothenburg, dilantik sebagai Menteri Kesihatan selepas peletakan jawatan Acko Ankarberg Johansson pada Isnin lalu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×