Komuniti Latino jadi sasaran rondaan imigresen di AS

Komuniti Latino jadi sasaran rondaan imigresen di AS

PENUNJUK perasaan memegang papan tanda bertulis ‘ICE Out of LA’ pada sidang media bersama pemimpin komuniti pendatang di luar Home Depot di Los Angeles, California, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Mah­ka­mah Agung Amerika Syarikat (AS) memihak kepada Presiden Donald Trump dengan membenarkan pegawai imigresen meneruskan rondaan kontroversi di California Selatan.

Namun, mahkamah tidak memberikan penjelasan terhadap keputusan itu.

Dalam beberapa insiden di Los Angeles, ejen Imigresen dan Kastam (ICE) yang bertopeng dan lengkap bersenjata menahan individu beridentiti Latino, termasuk warganegara AS, untuk disoal siasat mengenai status imigresen mereka.

Jurucakap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), Tricia McLaughlin, menyambut baik keputusan tersebut dengan menyifatkannya sebagai ‘kemenangan untuk keselamatan rakyat California dan kedaulatan undang-undang.

“Penguatkuasaan undang-undang DHS tidak akan dikurangkan dan akan terus menahan serta mengusir pembunuh, perogol, kumpulan samseng dan pendatang tanpa izin yang melakukan jenayah,” katanya.

Sebaliknya, pemimpin Demokrat mengkritik keras keputusan itu.

Gabenor California, Ga­vin Newsom berkata, majo­riti konservatif Mahkamah Agung yang dipilih Trump ‘menjadi penggerak utama perarakan perkauman ganas di Los Angeles’.

Mahkamah rendah sebelum ini mendapati ICE tidak mempunyai ‘syak munasabah’ yang diperlukan bagi membenarkan penahanan tersebut.

Namun, Mahkamah Agung menolak keputusan tersebut, dengan Hakim Brett Kavanaugh berkata, faktor seperti etnik tidak boleh dijadikan alasan, tetapi tetap dianggap ‘relevan’ apabila digabungkan dengan faktor lain.

Keputusan itu dijangka memberi isyarat lebih luas kepada pegawai imigresen di negeri lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×