Gempa bumi 5.4 magnitud gegar Greece

Gempa bumi 5.4 magnitud gegar Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Gempa bumi berukuran 5.4 magnitud melanda kawasan perairan berhampiran pulau Evia di Greece awal Selasa dan gegarannya turut dirasai di Athens, menurut pihak berkuasa.

Menurut Balai Cerap Negara, gempa bumi itu berlaku sekitar pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan) pada jarak 45 kilometer timur laut ibu negara Greece dengan 25 gegeran susulan dikesan.

Pusat gempa terletak empat kilometer dari pantai kawasan peranginan Nea Styra di barat daya pulau kedua terbesar Greece, Evia yang juga dikenali sebagai Euboea.

Tiada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan setakat ini.

Balai Cerap itu pada awalnya melaporkan gempa bersaiz 5.3 magnitud tetapi kemudian menyemak semula kepada 5.4.

Datuk Bandar Marathon, Stergios Tsirkas menyifatkan gempa itu sebagai sangat kuat, menurut siarannya di televisyen ERT.

Pada Mei lalu, satu gempa kuat berukuran 6.1 magnitud melanda perairan pulau Crete dan turut dirasai sehingga ke Mesir serta di Athens.

Pada Januari dan Februari, pulau Santorini di Laut Aegea yang juga destinasi pelancongan utama Greece, mengalami aktiviti seismik luar biasa.

Ribuan gegaran di sana menyebabkan beberapa ribu penduduk berpindah, namun mereka kini sudah kembali ke rumah masing-masing.

Terletak di beberapa garis sesar di tenggara Mediterranean, Greece sering dilanda gempa bumi.

Gempa bumi maut terakhir berlaku pada Oktober 2020 di pulau Samos, Laut Aegea.

Dengan magnitud tujuh, ia meragut dua nyawa di Samos dan lebih 100 orang di pelabuhan Izmir, Turkiye.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×