100 tahun terpisah, lima generasi keluarga Duaji disatukan semula

100 tahun terpisah, lima generasi keluarga Duaji disatukan semula

Keluarga Duaji
SEBAHAGIAN ahli keluarga Allahyarham Duaji yang berhimpun di Shah Alam, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Linangan air mata mengiringi detik bersejarah apabila lebih 250 waris kepada Allahyarham Duaji Sidek disatukan selepas kira-kira seabad terpisah tanpa mengenali antara satu sama lain.

Lebih meruntun perasaan apabila tiga beradik tiri hasil tiga perkahwinan arwah iaitu Talib di Pekan, Pahang; Ismail di Kuala Lumpur dan Ujang di Rembau, Negeri Sembilan tidak pernah bertemu sehingga mereka meninggal dunia.

Namun, ikatan persaudaraan yang terputus lebih 100 tahun lalu kembali terpaut selepas keluarga besar itu dihimpunkan di sini, semalam.

Cucu kepada Allahyarham Duaji, Dr. Saharudin Ismail, 71, dia berusaha menghimpunkan keluarga itu sejak dua tahun lalu selepas menemukan dua waris apabila arwah bapa pernah menceritakan tentang seorang abang tirinya bernama Talib yang menetap di Pekan.

“Petunjuk kecil itu menjadi pencetus kepada usaha kami mencari waris keturunan yang lama telah hilang. Selepas dua tahun pencarian, kami berjaya menemukan semula semua waris dan ini sejarah keluarga. Ikatan yang hilang selama seabad kembali terjalin,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurut Saharudin, lebih 250 waris keturunan Duaji itu meliputi lima generasi sekali gus mengesahkan ikatan persaudaraan sesama mereka.

“Dalam pertemuan ini, kami juga dapat menyaksikan ada daripada mereka pernah berkerja dengan saudara sendiri sebelum ini. Namun, mereka kini baru mengetahui hubungan sebenar selepas bertemu semula,” ujarnya.

Tambah beliau, keluarga itu turut menziarah pusara Allahyarham Duaji di Kampung Sawah Raja, Rembau, Negeri Sembilan selain pusara anak-anaknya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan Pekan.

“Kami berharap hubungan yang terjalin semula ini terus diperkukuh demi generasi akan datang,” luahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×