Jenazah dua beradik lemas belum dituntut waris

Jenazah dua beradik lemas belum dituntut waris

UNIT Forensik Hospital Port Dickson petang ini lenggang tanpa kehadiran waris dua beradik yang meninggal dunia akibat lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Port Dickson semalam. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Unit Forensik Hospital Port Dickson petang ini lengang tanpa kehadiran waris dua beradik yang meninggal dunia akibat lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Linggi di sini semalam.

Proses bedah siasat dua beradik itu masing-masing kanak-kanak lelaki enam tahun dan kakaknya berusia lapan tahun itu telah bermula pukul 3 petang tadi.

Namun sehingga pukul 4.30 petang tadi, tiada waris yang hadir bagi menuntut jenazah dua beradik berkenaan.

Terdahulu media melaporkan seorang lelaki yang merupakan bapa kepada dua kanak-kanak yang meninggal dunia selepas lemas apabila kereta dinaiki menggelongsor ke dalam sungai di di sini semalam direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, turut direman seorang wanita yang juga kekasih kepada suspek lelaki berkenaan.

Kata beliau, permohonan reman kedua-kedua suspek berusia 46 dan 41 tahun itu dibenarkan Mahkamah Majistret Seremban bermula hari ini.

“Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”

Katanya, polis kini juga sedang mengesan ibu kandung dua kanak-kanak berkenaan bagi membantu siasatan.

Semalam Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas memberikan keterangan meragukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

“Semakan rekod lampau terhadap suspek lelaki didapati terdapat sebanyak 16 kes di mana empat kes masih dikehendaki (wanted) manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Hasil saringan ujian air kencing kedua-dua suspek bagaimanapun adalah negatif. Dalam pada itu, semakan ke atas kereta terbabit didapati merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang bersabit Nusa Bestari repot 359/22,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×