5,000 hadiri perarakan Maulidur Rasul

5,000 hadiri perarakan Maulidur Rasul negeri Johor

TUNKU Mahkota Ismail, Tunku Iskandar dan Onn Hafiz menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor di Kluang hari ini.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyertai perarakan yang bermula pada pukul 8 pagi itu.

Turut berangkat Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan barisan Exco Kerajaan negeri Johor.

Perarakan itu juga disertai pelajar sekolah, kakitangan jabatan kerajaan serta badan berkanun, swasta dan badan bukan kerajaan yang bertemakan ‘Membangun Ummah Maju Johor’.

Perarakan sejauh kira-kira satu kilometer bermula dari Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood 1 hingga ke Masjid Bandar Kluang itu diketuai Tunku Ismail dan disertai Onn Hafiz dan barisan kepimpinan negeri.

Tunku Ismail turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang dipertandingkan sempena sambutan berkenaan.

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dinobatkan sebagai kontinjen penyertaan paling ramai dalam perarakan kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini