Perselisihan faham keluarga punca remaja Britain lari ke Malaysia

Perselisihan faham keluarga punca remaja Britain lari ke Malaysia

DAVID BALISONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan polis mendapati remaja lelaki warga Britain meninggalkan rumah sebelum datang ke Malaysia pada awal Jun lalu kerana berselisih faham dengan keluarganya.

Remaja terbabit, David Balisong, 17, dilaporkan hilang sejak 7 Jun sebelum ditemukan selamat di sebuah hotel di Jalan Pudu, hasil maklumat orang awam semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, penemuan remaja itu dilakukan selepas seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Uncle Kentang menyalurkan maklumat mengenai keberadaannya.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan dan menemukan remaja terbabit dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan.

“Hasil percakapan awal, dia mengakui meninggalkan rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan keluarga sebelum berangkat ke Malaysia pada 6 Jun 2025,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fadil, pihaknya kini dalam proses mendapatkan keterangan lanjut daripada remaja berkenaan.

“Polis akan memaklumkan perkara ini kepada Kedutaan Britain di Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membantu polis mengesan remaja berkenaan.

Kelmarin, media melaporkan remaja berkenaan dipercayai datang ke negara ini untuk bercuti.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, perkara itu diketahui susulan visa kemasukannya menunjukkan dokumen itu akan tamat tempoh pada semalam selepas dia masuk ke negara ini pada 7 Jun lalu.

Shazeli berkata, polis berusaha mengesan keberadaan remaja terbabit, antara lain dibantu oleh maklumat yang diberikan ibu mangsa serta pelbagai pihak lain.

Dalam pada masa sama, ibu remaja berkenaan Minerva Balisong, 50, memaklumkan berusaha untuk menjejaki anak lelakinya yang hilang yang dipercayai datang ke Malaysia seorang diri tanpa pengetahuan keluarga.

Menurut Minerva, siasatan polis UK mendedahkan anaknya itu menaiki pesawat Etihad Airways dari UK ke Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu.

Katanya, tiga hari selepas kehilangan anaknya itu, beliau menerima emel yang tidak jelas, kononnya daripada David tetapi tanpa sebarang maklumat mengenai lokasinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×