Ferdinand tidak berkenan Lammens

Ferdinand tidak berkenan Lammens

Senne Lammens mendapat sokongan padu daripada rakan senegaranya apabila terpilih menyertai Manchester United walaupun kehadirannya tidak disenangi bekas bintang di Old Trafford. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang Real Madrid, Thibaut Courtois memberi memberi jaminan penjaga gol baharu Manchester United, Senne Lammens memiliki potensi besar walaupun pemain antarabangsa Belgium itu kurang pengalaman di peringkat tertinggi.

The Red Devils mengikat Lammens pada hari terakhir jendela perpindahan dengan yuran 21.7 juta pound (RM123 juta) dari Royal Antwerp dengan kontrak lima tahun, namun legenda Old Trafford, Rio Ferdinand tetap berpendirian Emiliano Martinez sepatutnya menjadi pilihan utama.

Keputusan itu sekali gus menutup pintu buat Martinez, penjaga gol Argentina yang dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun tuntutan harga 30 juta pound (RM170 juta) oleh Aston Villa dan gaji lebih tinggi daripada Andre Onana dikatakan menjadi punca kegagalan perpindahan itu.

Sebaliknya, United memilih untuk melabur bagi prospek jangka panjang dengan membawa masuk Lammens, walaupun kurang pengalaman di peringkat tertinggi.

Ferdinand mendedahkan Courtois sendiri menghubunginya, memberi jaminan Lammens memiliki potensi besar untuk menyesuaikan diri dengan saingan EPL.

“Dia kata Lammens berbakat besar, mungkin belum berpengalaman tetapi gayanya sesuai dengan Liga Perdana. Itu datang daripada salah seorang penjaga gol terbaik dunia, jadi ia sesuatu yang wajar diberi perhatian.

“Saya lebih suka memilih Martinez. Dia ada pengalaman, personaliti, karakter, pernah muncul juara Piala Dunia, malah penyelamat dalam detik besar. United perlukan bukan sahaja bakat, tetapi juga aura sebegitu,” kata Ferdinand.

Difahamkan United bukan satu-satunya kelab yang mengintai Lammens kerana Sunderland dan Leeds pernah bertanya pada awal musim panas, tetapi menarik diri selepas mengetahui harga yang diminta Antwerp.

United kini terpaksa bergantung kepada pilihan baharu itu selepas penjaga gol mereka bergelut dengan Onana disisihkan selepas beberapa kesilapan, Altay Bayindir gagal meyakinkan, manakala Tom Heaton hanya jadi pelapis veteran. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini