Kemarau jaringan resahkan Harimau Malaya

Kemarau jaringan resahkan Harimau Malaya

Rodrigo Holgado masih belum menjaringkan gol bersama kelabnya, America de Cali dalam Liga Columbia. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi berkarat penyerang warisan negara, Rodrigo Holgado bersama America de Cali di Liga Colombia sedikit menggusarkan kem Harimau Malaya menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa pada bulan depan.

Penyerang berusia 30 tahun itu berdepan masalah prestasi selepas gagal meledak sebarang gol dalam aksi kompetitif sejak mewakili pasukan kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam, 10 Jun lepas.

Berdasarkan statistik laman sukan antarabangsa, kali terakhir Holgado meledak gol bersama kelabnya adalah pada 28 April lalu ketika America de Cali bertemu seteru tradisi di liga Colombia , Deportivo Cali.

Selepas membuat debut bersama Harimau Malaya, Holgado telah diletakkan dalam skuad utama kelabnya sebanyak 16 perlawanan tetapi masih tidak berjaya menjaringkan sebarang gol termasuk perlawanan liga bertemu Atletico Nacional, semalam.

Situasi ini sudah tentu membuatkan pengendali negara, Peter Cklamovski pening kepala memandangkan ketajaman Holgado bakal ditagih untuk merobek kubu Singapura dan Palestin pada dua aksi persahabatan antarabangsa, September ini.

Namun, prestasi Holgado seperti sudah dijangka memandangkan pasukan America de Cali ketika ini dibimbing oleh jurulatih baharu, Diego Raimondi yang tidak memberikan minit permainan mencukup kepadanya selepas sering dimasukkan sebagai pemain gantian.

Selain itu, spekulasi mengenai penghijrahan Holgado turut menjejaskan sedikit prestasinya di atas padang apabila dikaitkan menyertai kelab Argentina, Talleres de Cordoba yang dikendalikan oleh penyerang legenda Manchester City, Carlos Tevez.

Selain itu, satu lagi kelab Argentina, Gimnasia La Plata turut dilaporkan mahu menandatangani khidmat Holgado pada bulan lalu sebelum pemain kebangsaan itu memilih untuk menghormati kontraknya bersama America de Cali.

Cklamovski dijangka mengeluarkan senarai pemain yang akan dipanggi menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pada minggu ini dn pastinya berita itu ditunggu penuh debar peminat bola sepak tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×