Berang anak jumpa teman lelaki, bapa bunuh gadis 17 tahun guna kapak

Berang anak jumpa teman lelaki, bapa bunuh gadis 17 tahun guna kapak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FIROZABAD: Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan kerana membunuh anak perempuannya berusia 17 tahun menggunakan kapak, selepas mendapati gadis itu bersama teman lelakinya di sebuah ladang pertanian di daerah Firozabad, di Uttar Pradesh, India.

Menurut polis, mangsa dilaporkan hilang dari rumah sekitar pukul 11.30 malam pada Isnin lalu, sebelum suspek keluar mencarinya.

Suspek kemudian menemui mangsa pada pukul 4.30 pagi bersama teman lelakinya berusia 22 tahun di ladang berhampiran.

Selepas berlaku pertengkaran, dia menyerang anaknya dengan kapak dan pulang ke rumah dengan meninggalkan mayat mangsa di lokasi kejadian.

Penduduk setempat menemukan mayat gadis itu keesokan paginya dengan kecederaan parah di leher, tekak dan perut, lalu memaklumkan kepada polis.

Laporan awal dibuat terhadap suspek yang tidak dikenali, namun semasa sesi soal siasat, bapa mangsa mengaku melakukan jenayah tersebut, kata pegawai polis, Jasrana Rajesh Gunawat.

Teman lelakinya yang melarikan diri kemudian ditangkap pada Rabu, di bawah Seksyen 64 (kesalahan merogol) BNS dan Akta Pocso.

Polis memberitahu, remaja itu menjalin hubungan dengan lelaki terbabit selama 3 hingga 4 bulan walaupun mendapat tentangan keluarga.

“Kapak yang digunakan dalam jenayah dirampas. Bapa mangsa turut ditangkap,” kata pegawai polis.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×