Kanak-kanak Israel dilarang masuk taman rekreasi di selatan Perancis - Utusan Malaysia

Kanak-kanak Israel dilarang masuk taman rekreasi di selatan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTÉ-PUYMORENS: Seorang pengurus taman rekreasi di selatan Perancis ditahan pihak berkuasa bagi dakwaan diskriminasi agama selepas sekumpulan kanak-kanak dari Israel dihalang daripada memasuki taman tersebut.

Menurut Pejabat Pendakwa Perpignan, kumpulan kanak-kanak berusia antara lapan hingga 16 tahun itu bercuti di Sepanyol dan membuat tempahan untuk mengunjungi Taman Pengembaraan Zipline Tyrovol di Porté-Puymorens Khamis lalu.

Lokasi tersebut terletak berhampiran sempadan Sepanyol di kawasan pergunungan Pyrenees.

Pihak pendakwa menyatakan pengurus taman pada awalnya memberitahu beberapa individu yang beliau menolak kemasukan kumpulan itu atas alasan kepercayaan peribadi, namun memberikan penjelasan berbeza kepada yang lain.

Satu kenyataan di media sosial taman itu pada malam Rabu menyatakan taman tersebut akan ditutup pada Khamis kerana ribut dan bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap kemudahan.

Kumpulan pelawat dimaklumkan mereka tidak dibenarkan melawat, namun kemudian berjaya mengunjungi sebuah taman rekreasi lain di Perancis tanpa sebarang insiden. Pengurus berkenaan menafikan sebarang salah laku.

“Kami amat terkejut. Ini melampaui batas.

“Semua ini bermula dengan grafiti, hinaan dan serangan fizikal dan kini larangan terhadap kanak-kanak seawal usia lapan tahun. Nilai-nilai Perancis telah dicabuli,” kata Presiden Majlis Wakil Institusi Yahudi Perancis di wilayah Languedoc-Roussillon Perla Danan

Datuk Bandar Porté-Puymorens, Jean-Philippe Augé menyatakan kejadian itu mencetuskan kejutan besar dalam komuniti kecil yang hanya mempunyai kira-kira 100 penduduk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×