Tiramisu viral sedap

Tiramisu viral sedap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pencuci mulut klasik dari Itali ini semakin mendapat tempat di hati pencinta manisan di Malaysia. Dari kafe estetik hingga ke bakeri terkenal, pelbagai versi tiramisu muncul dengan kreativiti tersendiri.

Berikut adalah senarai lima tiramisu tular yang dicuba, disusun mengikut penilaian rasa, tekstur dan persembahan.

1. Gula Cakery
Juara tanpa ragu semestinya, tiramisu Gula Cakery. Kelembutan krim mascarpone berpadu sempurna dengan aroma kopi yang memukau, tanpa terlalu manis.
Dengan persembahan ringkas tetapi elegan, tiramisu ini bukan sekadar pencuci mulut namun, dapat menghiburkan hati dan membuatkan anda ingin menikmatinya lagi.

2. Keyes Bakehouse
Sinonim dengan tiramisu yang dibungkus dalam kotak aluminium keras, sekali gus memberi aura klasik dan eksklusif.
Rasa kopinya kuat, mascarpone lembut dan kemanisan seimbang.

3. Bienz
Menggunakan serbuk koko sebagai bahan utama.
Hasilnya, rasa manis dan pahit mesra di lidah, sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa yang kurang menggemari rasa kopi.

4. Yellow Brick Road
Rasa kopinya terlalu pekat, lebih sesuai untuk pencinta kopi tegar seperti peminat americano. Jika gemarkan rasa seimbang, mungkin ini bukan pilihan utama anda.

5. The Coffee Bean & Tea Leaf
Wajib dihidangkan bersama cream crown. Walaupun persembahan nampak kemas, namun rasanya terlalu biasa, seperti kek keju berbanding tiramisu sebenar.
Kurang aroma kopi dan lapisan biskut yang merupakan identiti tiramisu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×