Berat naik lebih cepat selepas henti suntikan kurus

Berat naik lebih cepat selepas henti suntikan kurus

BERAT badan mudah naik semula dalam tempoh lapan minggu selepas rawatan dihentikan sekiranya tidak mengamalkan gaya hidup sihat. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Suntikan pelangsingan badan yang popular bukanlah penyelesaian segera apabila berat badan lebih mudah naik semula hanya dalam tempoh lapan minggu selepas rawatan dihentikan.

Lebih sejuta rakyat Britain menggunakan ubat suntikan mingguan seperti Mounjaro dan Wegovy yang diperoleh secara dalam talian atau melalui klinik swasta.

Suntikan tersebut, dikenali sebagai GLP-1, mampu menurunkan sehingga 20 peratus berat badan dalam tempoh setahun namun, kajian pakar perubatan metabolik dari Hospital Rakyat Universiti Peking, Beijing, mendapati keputusan itu hanya bersifat sementara jika pesakit tidak mengekalkan gaya hidup sihat selepas menghentikan rawatan.

Malah, mereka yang menggunakan ubat lebih kuat seperti Mounjaro turut didapati menambah berat badan semula sebaik rawatan diberhentikan.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal BMC Medicine itu menunjukkan pesakit yang menggunakan trizeparide atau digelar ‘King Kong’ suntikan kurus, mengalami peningkatan semula hampir separuh berat badan yang hilang apabila beralih kepada ubat plasebo.

Penyelidik berpendapat fenomena itu mungkin berpunca daripada ‘weight cycling’ iaitu kitaran turun dan naik berat badan selepas rawatan manakala faktor perubahan hormon dalam usus yang meningkatkan rasa lapar turut dikenal pasti sebagai penyumbang kepada penambahan berat.

Hanya pesakit dengan indeks jisim badan melebihi 30 serta mempunyai masalah kesihatan berkaitan berat badan dibenarkan menggunakan ubat tersebut.

Antara kesan sampingan yang dilaporkan termasuk loya, sembelit, cirit-birit dan sawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×