Polis Thailand gagalkan cubaan seludup 900 kilogram syabu kuda ke Malaysia

Polis Thailand gagalkan cubaan seludup 900 kilogram syabu kuda ke Malaysia

SUSPEK (tengah) menunjukkan dadah jenis pil kuda yang cuba diseludup masuk ke Malaysia semasa ditahan Polis Thailand pada Khamis lalu. - IHSAN POLIS THAILAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Bahagian Siasatan Narkotik Polis Wilayah Narathiwat mematahkan cubaan menyeludup 900 kilogram (kg) syabu ke Malaysia selepas menahan seorang lelaki di Tak Bai, Khamis lalu.

Tangkapan dan rampasan dadah itu dilakukan pada pukul 3.30 pagi selepas menahan sebuah trak pikap yang digunakan untuk mengangkut sayur-sayuran dari wilayah utara Thailand, di Daerah Tak Bai.

Jurucakap Bahagian Narkotik Polis Daerah Tak Bai berkata, kejayaan itu hasil maklumat yang diperoleh Unit Siasatan Narkotik Wilayah Narathiwat.

“Dadah itu diangkut menggunakan pikap yang membawa sayur-sayuran. Pasukan operasi  mengekori kenderaan tersebut sebelum memintasnya. Anggota polis kemudian menggeledah sayur-sayuran itu dan menemukan 30 guni berisi dadah Kategori 1 iaitu methamphetamine seberat 900 kilogram,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Jurucakap itu berkata, pemandu pikap terbabit berusia 37 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×