Pastikan pasang bendera Jalur Gemilang dengan betul

Pastikan pasang bendera Jalur Gemilang dengan betul

SEMUA pihak hendaklah memastikan pemasangan bendera di premis atau kenderaan masing-masing benar-benar betul.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEGARA Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-68 pada 31 Ogos ini.

Menjelang kedatangan hari sambutan tersebut, seeloknyalah setiap rakyat Malaysia membuat persiapan dari sekarang, terutama mengibar bendera Jalur Gemilang.

Kibaran Jalur Gemilang boleh diletakkan di premis-premis perumahan dan perniagaan.

Pemilik kenderaan juga boleh memasang Jalur Gemilang pada kenderaan mereka.

Yang penting, setiap pemasangan Jalur Gemilang tersebut hendaklah dipastikan kedudukanya betul dan tidak terbalik.

Sebelum ini pernah heboh dipercakapkan di sana sini mengenai kibaran Jalur Gemilang yang terbalik.

Kita tidak pasti apakah ia dilakukan secara sengaja, atau tidak sengaja.

Oleh sebab itu, semua pihak hendaklah memastikan pemasangan bendera di premis atau kenderaan masing-masing benar-benar betul.

Para pemilik premis perniagaan dalam bandar atau pekan, lebih meriah suasana setempat jika semuanya memasang Jalur Gemilang di hadapan premis masing-masing.

Apabila banyak Jalur Gemilang dikibarkan, jangan pula ada sesiapa yang membuat khianat dengan mencuri bendera Jalur Gemilang tersebut.

Pernah berlaku banyak Jalur Gemilang yang dipasang di hadapan premis-premis perniagaan dicuri oleh kumpulan-kumpulan tertentu untuk dibawa sambil menunggang motosikal.

Semangat membawa Jalur Gemilang sambil menunggang motosikal memang baik bagi memeriahkan suasana sambutan merdeka, tetapi apa yang tidak baiknya apabila Jalur Gemilang berkenaan diambil hak milik orang.

Untuk memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan setahun sekali, apa salahnya setiap orang membeli sendiri Jalur Gemilang yang harganya tidak semahal mana.

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-68. – UTUSAN

RAMLI ISMAIL
Kangar, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×