Trump sahkan bakal bincang ‘pertukaran tanah’ dengan Putin

Trump sahkan bakal bincang ‘pertukaran tanah’ dengan Putin

DONALD Trump bakal mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Presiden Russia, Vladimir Putin di Alaska Jumaat ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan beliau dan Presiden Russia, Vladimir Putin akan membincangkan isu pertukaran tanah ketika pertemuan di Alaska pada Jumaat ini.

Namun, Trump menyuarakan rasa kecewa terhadap Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky kerana meletakkan syarat terhadap kemungkinan perjanjian itu.

Dalam sidang media di Rumah Putih pada Isnin, Trump berkata beliau terganggu dengan pendirian Zelensky yang menegaskan Ukraine perlu mengadakan referendum nasional sebelum memeterai sebarang perjanjian damai yang mengiktiraf kawalan Russia ke atas wilayah yang didudukinya semasa perang.

“Saya sedikit terganggu apabila Zelensky berkata dia perlu mendapatkan kelulusan Perlembagaan. Dia meluluskan peperangan dan membunuh semua orang tetapi dia perlu kelulusan untuk melakukan pertukaran tanah.

“Akan ada pertukaran tanah berlaku dan mengetahui tentangnya melalui Russia dan perbualan dengan semua pihak,” kata Trump.

Diplomat Eropah terkejut dengan pendirian rapuh pihak AS mengenai wilayah yang dituntut Putin daripada Ukraine dan syarat gencatan senjata.

Perbezaan maklumat yang diterima daripada pihak AS mengenai tuntutan Russia telah menimbulkan kebimbangan, sekali gus menguatkan kebimbangan bahawa Trump, dengan menonjolkan hubungan peribadinya dengan Putin, mungkin membuat konsesi yang merugikan.

Menggambarkan visinya untuk perjanjian damai antara Russia dan Ukraine, Trump berkata perjanjian itu akan mengandungi perkara baik dan juga beberapa perkara buruk bagi kedua-dua pihak.

Trump, yang semakin hilang sabar terhadap Putin sejak beberapa bulan kebelakangan ini, berulang kali menegaskan gencatan senjata tidak akan berlaku sehingga beliau bertemu pemimpin Russia itu secara bersemuka.

Zelensky dan pemimpin Eropah tidak dijemput untuk menghadiri pertemuan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×