Agong, Raja Permaisuri sempurnakan Hari Pahlawan

Agong, Raja Permaisuri sempurnakan Hari Pahlawan

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah tersentuh ketika menyaksikan pantomin khas pada Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan semalam. – FB SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyem­purnakan Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2025, di Dataran Pahlawan, Putrajaya, semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Na­sution Ismail; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail.

Istiadat sambutan yang dinaungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun ini dimulakan dengan persembahan lagu Negaraku, diiri­ngi 21 das tembakan meriam.

Majlis kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai last post dengan menurunkan Jalur Gemilang serta beberapa pengisian iaitu persembahan pantomin khas bertajuk Zabri Pejuang Sang Saka Biru oleh PDRM.

Ia mengisahkan perjuangan ASP Zabri Abd. Hamid, salah seorang perwira yang terkorban dalam Ops Bamboo pada 4 September 1975 dan yang paling dikenang dalam 69 Komando.

Sambutan Hari Pahlawan diadakan sebagai simbol penghargaan dan pengiktirafan negara terhadap jasa, pengorbanan dan keberanian para pahlawan ATM dan PDRM dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×