Bertindak tegas terhadap aktiviti pelancongan tidak berlesen

Bertindak tegas terhadap aktiviti pelancongan tidak berlesen

MANA-mana individu atau syarikat perlu memohon lesen untuk menyediakan perkhidmatan pelancongan meliputi pengangkutan, penginapan atau penganjuran pelancongan secara fizikal atau dalam talian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UNTUK dua minggu pertama bulan Julai 2025, sebanyak 22 operasi telah dilaksanakan oleh pegawai penguat kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di beberapa lokasi utama seluruh negara.

Pemeriksaan telah dibuat ke atas 180 kenderaan, 30 syarikat pelancongan, empat premis penginapan serta 33 pemandu pelancong dan terdapat 13 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Ini termasuk pemeriksaan terhadap entiti yang disyaki menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen sah dalam satu operasi yang dijalankan di Perak hasil maklumat awam. Sekiranya disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya di bawah Akta 482.

MOTAC akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memastikan pematuhan undang-undang pelancongan.

Mana-mana individu atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan meliputi pengangkutan, penginapan atau penganjuran pelancongan secara fizikal atau dalam talian supaya memohon lesen dengan segera di pejabat MOTAC negeri berdekatan sebelum tindakan perundangan yang tegas diambil.

Kerjasama orang ramai dan pemain industri turut dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang aktiviti pelancongan yang disyaki melanggar peraturan melalui saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Hanya penggiat industri pelancongan yang berlesen secara sah dibenarkan beroperasi demi kesejahteraan pelancong dan industri yang mampan dan inklusif. – UTUSAN

KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×