Perjanjian tarif baharu EU-AS ‘berat sebelah’

Perjanjian tarif baharu EU-AS ‘berat sebelah’

BERND LANGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Seorang ahli Parlimen kanan Eropah mengecam draf perjanjian perdagangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS), memberi amaran perjanjian itu bakal menjejaskan kestabilan ekonomi blok tersebut serta keselamatan pekerjaan rakyatnya.

Pengerusi Jawatan­kuasa Perdagangan An­tarabangsa Parlimen Eropah, Bernd Lange menyifatkan kerangka perjanjian dicadangkan yang merangkumi tarif sebanyak 15 peratus ke atas semua eksport EU ke AS itu tidak memuaskan dan sangat tidak seimbang.

Beliau menjelaskan kadar tarif tersebut adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding purata semasa, manakala EU pula akan memberikan akses tanpa tarif kepada barangan AS.

“Ini satu perjanjian yang berat sebelah. Jelas sekali, konsesi yang diberikan sangat sukar untuk diterima,” kata Lange dalam satu kenyataan pada Ahad.

Presiden AS, Donald Trump dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC), Ursula von der Leyen sebelum itu mengumumkan sudah mencapai perjanjian perdagangan yang akan menyaksikan AS mengenakan tarif asas 15 peratus ke atas barangan EU.

Kedua-dua pemimpin menyifatkannya sebagai langkah ke arah memulihkan keseimbangan perdagangan dan memupuk perdagangan dua hala yang lebih adil.

Tetapi perjanjian ter­sebut membenarkan Wa­shington mengenakan tarif meluas ke atas EU sambil menikmati akses tanpa tarif bagi pelbagai barangan eksport strategiknya.

Sebagai balasan, EU berjanji untuk membeli tenaga dari AS bernilai 750 bilion dolar (RM3.16 trilion) serta melabur tambahan 600 bilion dolar (RM2.5 trilion) lagi dalam ekonomi AS.

Menurut Lange, meskipun Trump secara terbuka mengumumkan tarif 15 peratus itu selepas rundingan, beliau sebelum ini sudah mengecualikan beberapa sektor, termasuk keluli dan farmaseutikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×