AMD, NFDP jadi milik FAM tahun depan?

AMD, NFDP jadi milik FAM tahun depan?

Hannah Yeoh bersama Presiden FAM, Datuk Joehari Mohd Ayub dan Pengerusi Jawatankuasa Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob bersama wakil pasukan yang bertanding dalam Liga Wanita Nasional 2025 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi isyarat bahawa Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bakal sepenuhnya diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tahun depan.

Jelas beliau, perkara itu bagaimanapun masih dalam proses perbincangan dan akan dimuktamatkan dalam masa terdekat.

Hannah juga melihat sudah tiba masanya transisi berkenaan pembangunan bola sepak akar umbi dipertanggungjawabkan kepada badan induk bola sepak itu berikutan peranan utama Majlis Sukan Negara (MSN) adalah menguruskan program sukan berprestasi tinggi melibatkan pelbagai jenis sukan.

“Untuk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) memang kita sedang menilai semula program NFDP di bawah Majlis Sukan Negara dan perbincangan sedang berjalan dengan FAM untuk lihat bagaimana FAM boleh memainkan peranan yang lebih besar di AMD.

“Hasrat saya Majlis Sukan Negara mereka mesti jaga sukan berprestasi tinggi dan MSN mempunyai banyak sukan untuk mereka jaga. Jadi dalam bola sepak lebih baik perkara ini dikhususkan dan diambil sendiri tanggungjawab itu oleh FAM.

“Oleh sebab itu perbincangan sudah bermula tapi belum dimutamadkan untuk tengok bagaimana FAM boleh mengambil program NFDP daripada Majlis Sukan Negara.

“Dalam sudut teknikal semua itu memang kita ada jawatankuasa bersama NFDP yang dipengerusikan bersama Menteri dan Presiden FAM,” katanya ketika ditemui media pada majlis pelancaran Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 di sini, semalam.

AMD dan NFDP kini masih dibawah kuasa penuh MSN serta KBS meskipun FAM turut diberikan peranan bersama dalam menguruskan program tersebut.

Hannah menjelaskan bahawa mengenai bajet program berkenaan akan diuruskan sepenuhnya oleh FAM atau tidak ia masih belum dimuktamadkan, beliau juga memberi bayangan proses peralihan sepenuhnya akan berlaku tahun depan.

“Tidak, tidak…(mengenai bajet) perbincangan belum dimuktamadkan tetapi kita sudah mula bincang dan yang penting kita akan ada transisi. Jangan risau, NFDP mungkin dengan KBS sebelum akhir tahun ini. Kita akan muktamatkan semua,” ujarnya.

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) telah dilancarkan seiring dengan penubuhan AMD pada 2014, bertujuan membangunkan bakat muda dalam bola sepak negara.

Meskipun telah memasuki satu dekad program itu berjalan namun sehingga hari ini, belum ada memberi sebarang impak besar kepada bola sepak negara walaupun difahamkan ratusan juta ringgit telah dibelanjakan sepanjang tempoh 10 tahun berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×