Tunggu masa sesuai laksana Titah Adendum

Tunggu masa sesuai laksana Titah Adendum

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Titah Adendum berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan dilaksanakan.

Geostrategis, Dr. Azmi Hassan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan dilihat sedang menunggu masa paling sesuai untuk pelaksanaannya, tambahan pula perkara itu kini dalam proses mahkamah.

“Sekarang ini mereka sedang menunggu waktu yang sesuai, daripada segi proses mahkamah dan paling penting, proses politik. 

“Walaupun hakim mengatakan tidak mengikut prosesnya, tetapi mereka mengakui adendum itu wujud dan sekarang terletak kepada kerajaan bagaimana hendak menyusuri liku-liku politik itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Hari ini, semua UMNO Bahagian yang belum bersidang digesa membawa usul mendesak pelaksanaan tahanan rumah seperti terkandung dalam Titah Adendum.

Naib Pengerusi Veteran UMNO Johor, Datuk Adam Abdul Hamid berkata, ia merupakan usaha solidariti dan sokongan parti terhadap bekas presiden yang telah banyak berjasa.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengadakan perbincangan bagi memberi penjelasan berhubung Titah Adendum melibatkan Najib.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, akan bertemu Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi membincangkan harapan 160 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara yang mahu pelaksanaan Titah Adendum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×