Honda teliti kesan SST pada jualan, harga kenderaan

Honda teliti kesan SST pada jualan, harga kenderaan

NARUSHI Yazaki (kanan) pada majlis pelancaran model baharu HR-V di Shah Alam, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Honda Malaysia akan mengkaji kesan peluasan cukai barangan dan perkhidmatan (SST) ke atas harga dan jualan kenderaannya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, masih terlalu awal untuk menjangkakan kesan peluasan SST tersebut.

Kata beliau, buat masa ini tidak berlaku kenaikan harga kenderaan Honda di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak menerima kesan secara langsung dan masih terlalu awal untuk melihat kesannya. Apapun kita akan teliti,” katanya selepas pelancaran HR-V model baharu di Pusat Konvensyen MBSA di sini, hari ini.

Narushi berkata, Honda Malaysia juga akan meneliti kesan pelaksaan duti eksais ke atas harga dan jualan kenderaanya pada tahun hadapan.

“Buat masa ini kami belum pasti kesannya dan akan terus memantau,” katanya.

Semalam, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangka harga kenderaan dijangka naik sehingga 30 peratus tahun depan, susulan penguatkuasaan peraturan cukai eksais baharu, dijadualkan bermula pada 2026.

Dalam pada itu, Narushi berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 1,000 unit sebulan model baharu HR-V tersebut yang dijual pada harga bermula RM115,900 sebuah.

Beliau yakin, pelancaran model baharu itu yang dipasang secara tempatan akan membantu meningkatkan penguasaan pasaran yang kini sebanyak 41 peratus untuk segmen B SUV bukan kenderaan nasional.

“Penghantaran untuk tempahan telah tersedia. Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan untuk melihat model ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini