Izzah belum dapat kekuatan sebenar 

Izzah belum dapat kekuatan sebenar 

Izzah kini akan menumpukan perhatian kepada acara keirin wanita yang dijadualkan berlangsung Ahad ini, dengan harapan dapat menebus kekecewaan dalam aksi penutupnya di Kejohanan Dunia kali ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek sensasi negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri mengakui masih belum menemui kekuatan kayuhan sebenar meskipun menjalani program pembangunan otot dan kekuatan sepanjang kem latihan serta siri perlumbaan di Jerman.

Atlet berusia 22 tahun itu berkata, biarpun berat badan dan jisim ototnya meningkat hasil latihan intensif sejak Mei lalu, dia masih belum merasai sepenuhnya perubahan ketara dari segi kayuhan di atas trek.

“Saya masih rasa benda yang sama lagi (prestasi) mungkin kena bangunkan lebih banyak kuasa (kekuatan) yang nanti akan datang secara berperingkat.

“Latihan musim ini memang kena belasah (banyak latihan) dan harus bekerja keras. Selepas latihan itu baru kita ada perkembangan sebenar,” katanya.

Izzah bersama beberapa atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Ridwan Sahrom, Mohd Akmal Nazimi Jusena, Muhammad Fadhil Zonis dan Anis Amira Rosidi berkelana di Jerman selama sebulan sebagai persediaan ke Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Santiago, Chile pada 22 hingga 26 Oktober ini.

Menurut Izzah, peluang menyertai lima siri perlumbaan di Jerman tetap memberi manfaat besar dari aspek pembangunan fizikal dan pengalaman taktikal, meskipun beberapa perlumbaan akhir dibatalkan akibat hujan.

Katanya, beraksi menentang lebih 30 pelumba Eropah yang berada dalam kelompok terbaik dunia terutamanya pelumba No.2 dunia dari Britain, Emma Finucane menjadikan saingan tersebut setanding Kejohanan Dunia.

“Velodrom dekat sana (Jerman) sangat berlainan dengan apa yang kita ada di Nilai. Ianya lebih besar. Memang sukar nak buat catatan masa tetapi saya banyak kumpul pengalaman.

“Ramai pelumba Eropah sertai seolah-olah seperti Kejohanan Dunia sebab lebih 30 atlet. Jadi saingan memang sengit dan sangat mencabar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×