PU Azman hafaz 4 juzuk al-Quran di penjara

PU Azman hafaz 4 juzuk al-Quran di penjara

AZMAN SYAH ALIAS - GAMBAR ARKIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman telah menghafaz empat juzuk al-Quran sepanjang menjalani hukuman penjara setakat ini atas kesalahan melakukan amang seksual di Penjara Kajang.

Peguam, Mohamad Zahid Ahmad yang sebelum ini mewakili PU Azman berkongsi keadaan terkini pendakwah itu yang kini berada dalam keadaan baik dan tenang.

“Untuk pengetahuan semua, beliau berada dalam jagaan yang baik dan setiap hari beliau mengajar banduan di dalam penjara dan adakalanya berkongsi ilmu dengan pegawai penjara.

“Beliau mohon doakan, beliau sekarang ini dan sudah masuk empat juzuk hafal al-Quran,” katanya di Facebook.

Menurut Mohamad Zahid, setiap kali berjumpa dengan bekas anak guamnya itu, ada saja buku yang diminta untuk dibawa.

Bagaimanapun Mohamad Zahid berkata, berada di dalam penjara bukanlah sesuatu yang menyeronokkan dan hanya PU Azman merasainya.

“Hanya beliau sahaja yang tahu apa yang beliau rasa. Namun, setiap orang ada jalan dan ceritanya sendiri.

“Saya yakin apa yang terjadi pada sahabat saya adalah ujian yang terbaik di sisi Allah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohamad Zahid ketika dihubungi berkata, beliau sekadar berkongsi pengalaman PU Azman sepanjang berada di penjara dan memberitahu pendakwah itu reda dengan ketentuan Allah.

Sebelum ini media melaporkan, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan PU Azman untuk menjalani hukuman serentak selama 12 tahun berbanding 24 tahun atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki.

Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan hukuman dua sebatan yang dikenakan terhadapnya dan beliau mula menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 27 September 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×