Kenyataan Trump tentang gencatan senjata Gaza kejutkan Israel

Kenyataan Trump tentang gencatan senjata Gaza kejutkan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mendakwa gencatan senjata di Semenanjung Gaza bakal berlaku dalam masa terdekat telah mengejutkan para pegawai Israel, menurut laporan akhbar Yedioth Ahronoth.

Beberapa pegawai yang tidak dinamakan tetapi terlibat dalam rundingan berkaitan tawanan di Gaza menyatakan bahawa mereka tidak melihat sebarang petanda perubahan dalam pendirian Hamas mahupun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sebaliknya, mereka menyifatkan kenyataan Trump sebagai sekadar harapan politik yang tidak realistik.

Menurut laporan itu, pentadbiran AS sememangnya menyokong perjanjian menyeluruh yang merangkumi gencatan senjata, pemulangan tawanan Israel serta usaha menghentikan perang sebagai prasyarat kepada peluasan perjanjian normalisasi di rantau tersebut.

Namun, dalam satu sidang media di Rumah Putih, pegawai-pegawai AS sendiri dilaporkan tidak memahami asas kepada keyakinan Trump apabila beliau memaklumkan untuk memberi mereka masa berfikir selama seminggu sebelum mencapai gencatan senjata.

Pegawai tersebut juga mengesahkan mereka tidak menerima sebarang maklumat menunjukkan kemajuan dalam rundingan pertukaran tawanan.

Namun, perbincangan di belakang tabir dilaporkan masih berjalan dengan pengantaraan Qatar dan Mesir walaupun belum membuahkan hasil.

Mereka turut menafikan laporan mengenai lawatan wakil khas Trump, Steve Witkoff ke rantau itu dengan menyatakan tiada sebarang kunjungan yang dirancang setakat ini.

Pegawai Israel percaya kenyataan Trump bertujuan mencapai kejayaan politik baharu dengan memanfaatkan momentum susulan pengumuman berakhirnya konflik antara rejim tersebut dengan Iran yang dibuat oleh Presiden AS itu minggu lalu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×