Sultan Kedah seru rakyat nilai hala tuju kehidupan

Sultan Kedah seru rakyat nilai hala tuju kehidupan

SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah menyampaikan anugerah Masjid Terbaik bagi Kategori Bandar kepada wakil Masjid Jame’ Badlishah, Yan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badli­shah bertitah semangat hijrah yang menjadi asas kebangkitan umat Islam perlu dihayati bukan sekadar kenangan sejarah tetapi obor yang membakar azam dan mendorong perubahan dalam di­ri dan masyarakat.

Titah Sultan Kedah, peristi­wa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah lambang pengorbanan, kece­kalan dan kepimpinan luar biasa yang perlu dijadikan teladan dalam menghadapi cabaran dunia mo­den hari ini yang menunjukkan pentingnya perancangan te­liti, kekuatan iman serta soko­ngan padu masyarakat dalam membina tamadun Islam berdaya tahan.

“Maka dalam menghadapi ca­baran semasa seperti keruntu­han moral, gejala sosial dan per­pecahan institusi keluarga, kita perlu kembali meneladani semangat dan nilai murni yang ditunjukkan dalam peristiwa hijrah.

“Sambutan Maal Hijrah bukan sekadar acara tahunan, se­baliknya medan untuk umat Is­lam menilai kembali hala tuju kehidupan dan memperbaharui azam dan tekad ke arah perubahan positif,” titah baginda pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kedah 1447 Hijrah, di sini semalam.

Titah baginda, hijrah sebenar bukan semata-mata perpin­dahan secara fizikal tetapi me­libatkan perubahan minda, pe­nyucian jiwa dan pembentu­kan peribadi unggul berlandaskan syariat serta berharap ia menjadi titik tolak peningkatan jati diri, pengukuhan iman dan pengamalan nilai-nilai Islam da­lam kehidupan seharian.

Sementara itu, tokoh akademik disegani dalam bidang ar­keologi, Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin dipilih Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 1447 Hijrah semalam.

Sosok utama perintis kepada penemuan Tamadun Kedah Tua yang bertapak di Sungai Batu, Lembah Bujang sejak kurun kelapan sebelum Masihi itu menerima anugerah berkenaan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Mokhtar, 62, menganggap anu­gerah itu sebagai pengiktirafan dalam kerjayanya.

“Bila dimaklumkan saya ter­kejut, selalunya anugerah ini diberikan kepada tokoh agama. Ini kali pertama cendekiawan yang menjalankan penyelidikan me­nerima anugerah ini,” ujarnya.

“Saya rasa ia sesuatu yang sangat baik untuk mengangkat tokoh akademik kerana bidang ilmu adalah asas kepada kemajuan,” katanya.

Sultan Kedah turut berkenan menyampaikan Anugerah Masjid Terbaik Kategori Bandar kepada Masjid Jamek Badlishah, Yan dan Luar Bandar untuk Masjid Nurul Ehsan Kuala Ketil, Baling. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×