Ubah gaya hidup terlalu mewah, elak muflis lagi

Ubah gaya hidup terlalu mewah, elak muflis lagi – Pakar ekonomi

BARJOYAI BARDAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan individu yang dibebaskan daripada senarai muflis menjelang hujung tahun ini perlu mengubah gaya hidup mereka yang mungkin terlalu mewah berbanding pendapatan mereka.

Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, golongan tersebut berisiko untuk menghadapi kebankrapan sekali lagi.

Ini kerana, katanya, dalam tempoh mereka ‘disenarai hitam’, kumpulan berkenaan tidak dapat melakukan sebarang perbelanjaan bagi memenuhi kehendak, tidak mempu­nyai akses terhadap akaun bank mereka dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam proses tersebut, mereka disekat daripada me­lakukan pelbagai perkara. Jadi dalam jangka pendek iaitu selepas mereka keluar daripada senarai bankrap mungkin mereka tidak menjadi lebih baik.

“Oleh itu, mereka sepatutnya bermula daripada sekarang untuk mengatur semula atau memperbaiki cara mereka berbelanja atau menguruskan kewangan supaya tidak terjerumus sekali lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam akhbar ini me­laporkan, kerajaan menyasarkan untuk mengeluarkan 200,000 individu daripada se­narai bankrap menjelang hujung tahun ini sebagai sebahagian pelaksanaan Dasar Peluang Kedua yang di­umumkan menerusi Belanjawan 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sehingga kini, seramai 186,000 individu sudah berjaya dilepaskan daripada status bankrap dengan maklumat rasmi diperoleh daripada Jabatan Insolvensi.

Barjoyai berkata, kerajaan turut boleh berperanan sebagai pendidik sebelum mengeluarkan individu-individu berkenaan daripada senarai bankrap.

“Sebelum seseorang itu diisytiharkan bebas daripada ke­bankrapan, mereka perlu me­ngikuti sesuatu program secara dalam talian atau bersemuka anjuran kerajaan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini