Nahas FRU: Waris serah mahkamah tentukan hukuman

Nahas FRU: Waris serah mahkamah tentukan hukuman

NORAZIAN Mohd. Joned bersama anaknya ketika ditemui di Kampung Sungai Itik, di Gopeng, Perak kelmarin. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Waris anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas tragis di Teluk Intan pada 13 Mei lalu menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah bagi menentukan hukuman terhadap pemandu lori yang terlibat.

Pada kejadian 8.50 pagi 13 Mei, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini.

Norazian Mohd Joned, 38, balu kepada Koperal Amiruddin Zabri iaitu antara sembilan anggota FRU yang maut, berkata beliau reda dengan ketentuan takdir dan enggan menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Arwah suami pernah berkata, sebagai anggota polis, kematian adalah lumrah tugas. Saya kini hanya mahu membesarkan tiga anak kami dan meneruskan hidup.

“Soal siasatan dan perbi­caraan biarlah ditentukan pihak berkuasa dan mahkamah,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Itek di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Sungai Itek di sini.

Sementara itu, Jowissemborisxs Bah Johan, 36, balu kepada Koperal Nurit Pandak, percaya laporan kemalangan dikeluarkan selepas siasatan menyeluruh dijalankan oleh pihak yang berkenaan.

“Yang salah tetap salah dan pihak berwajib sudah jalankan siasatan punca kemalangan. Mengenai tindakan undang-undang terhadap pemandu lori tersebut, itu ditentukan pihak mahkamah,” katanya.

Dia yang masih bersedih atas kematian suami, terharu di atas keprihatinan semua pihak terutama semasa membantu urusan pengebumian mendiang suaminya di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Batu Berangkai di Kampar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×