Dua ladang ayam dikompaun, punca masalah lalat dihadapi penduduk

Dua ladang ayam dikompaun, punca masalah lalat dihadapi penduduk

PEGAWAI JPV Negeri Sembilan ketika melakukan siasatan di ladang ayam di Air Kuning, Tampin semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Dua buah ladang ayam di daerah ini dikenakan kompaun oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Sembilan kerana dipercayai menjadi punca kepada masalah lalat dihadapi penduduk di Gemencheh.

Pengarah JPV Negeri Sembilan, Dr Nurul ‘Ain Ahmad berkata, pihaknya telah ke ladang ayam tersebut yang terletak di Air Kuning di sini.

“Ladang pertama diperiksa merupakan ladang ayam baka dengan jarak 2.1 kilometer (km) dari lokasi aduan (Taman Gemencheh Baru).

“Semasa pemeriksaan dilakukan, didapati ladang ini mempunyai tempat pembuangan karkas ayam yang tidak sesuai serta tidak diurus dengan baik. Keadaan itu telah menyebabkan kehadiran lalat yang banyak,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, ladang kedua yang diperiksa merupakan ladang ayam pedaging dengan jarak 3.7 km dari lokasi aduan.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, didapati makanan yang dalam proses pembungkusan mempunyai bau yang menarik kehadiran lalat dan tempat pengumpulan najis di bawah reban juga mempunyai bilangan lalat dewasa yang banyak.

“Pihak ladang mempunyai program untuk kawalan lalat akan tetapi berdasarkan pemantauan pihak jabatan, program yang dijalankan tidak berkesan,” katanya.

Kata Dr Nurul ‘Ain, kedua-dua ladang yang diperiksa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas (Pindaan) 2024.

Katanya, kedua-dua ladang mempunyai indeks lalat yang tinggi daripada paras yang dibenarkan oleh pihak JPVNS.

“Oleh itu, pihak jabatan telah membuka kertas siasatan ke atas kedua-kedua ladang ayam di bawah kesalahan Seksyen 18 membenarkan kawasan pembiakan lalat dan makhluk perosak yang boleh dikompaun maksimum RM 5,000,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan lebih 100 penduduk di Taman Gemencheh Baru kesal apabila kediaman mereka ‘diserang’ lalat sehingga menjejaskan keselesaan melakukan aktiviti harian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×