SPRM guna pasukan taktikal ambil keterangan individu

SPRM guna pasukan taktikal ambil keterangan individu

Pasukan Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) tiba di kedaiman bergelar Tan Sri berkaitan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di sini, hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggunakan bantuan Pasukan Taktikal SPRM atau Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) bagi proses mengambil keterangan seorang individu bergelar Tan Sri.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, kehadiran sepasukan anggota ACTS bersama dua pegawai penyiasat adalah bagi membantu menggeledah bilik-bilik tertentu yang disyaki menjadi tempat simpanan aset atau barangan berharga hasil daripada penyelewengan itu.

Difahamkan juga, pasukan taktikal itu digunakan demi keselamatan semua pihak kerana disyaki terdapat bilik yang menyimpan senjata dalam kediaman itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, sepasukan anggota ACTS dengan empat buah kenderaan tiba di kediaman Tan Sri berkenaan pagi.

Terdahulu, proses merakam keterangan individu Tan Sri yang dikaitkan kes penyelewengan dana sukuk pem­binaan lebuh raya bersambung hari ini.

Kenderaan Toyota Vios berwarna putih membawa pegawai SPRM dilihat memasuki kediaman Tan Sri berkenaan pada pukul 8.45 pagi.

Dalam pada itu, salah satu pintu masuk kawasan kediaman ahli perniagaan itu ditutup oleh polis bantuan sebuah syarikat.

Kon dan penghadang diletakkan di pintu masuk ke kawasan kediaman itu, dengan anggota polis bantuan yang berada di sana juga menghalang petugas media daripada menghampiri kawasan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini