‘Jumpalah ayah ketika dia masih ada’

‘Jumpalah ayah ketika dia masih ada’

SHEQAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Isteri kepada pe­nyanyi 1990-an, Sheqal berharap agar anak suaminya itu bersama bekas isteri, iaitu pelakon dan penyanyi, Raja Ema dapat menziarah bapa mereka selagi ha­yatnya masih ada.

Normah Mohd. Yusoff, 58, berkata, Sheqal pernah beberapa kali menyatakan keinginannya untuk berjumpa dengan dua anak lelakinya itu namun masih belum kesampaian setelah hampir lebih 20 tahun.

“Melihat keadaan suami, saya berharap sangat agar anak-anaknya dapat datang menziarah. Jumpalah ayah ketika usia dia masih ada, kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan hubungan tiga beranak berkenaan.

Normah berkata, suaminya itu masih perlu ‘ditidurkan’ sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar Se­remban pada Khamis lalu selepas tahap oksigen dalam badannya menurun sehingga 62 peratus akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

“Tahap oksigennya sudah kembali normal, namun masih perlu bergantung dengan mesin oksigen. Doktor beritahu Sheqal masih perlu ditidurkan kerana tahap kesihatannya perlu dipantau,” katanya.

Normah berkata, selain itu doktor terpaksa melakukan dialisis untuk penyakit buah pinggang yang dihidapi Sheqal kerana bacaan kreatinin meningkat kepada lebih 400 lebih daripada 200.

Ibu kepada dua anak itu juga berharap doa orang ramai untuk kesembuhan Sheqal.

Sheqal, 60, sebelum ini berdepan dengan masalah kesihatan termasuk diserang angin ahmar sebanyak empat kali sejak 2020 dan penyakit buah pinggang tahap empat.

Menerusi perkahwinan de­ngan Raja Ema, Sheqal atau nama sebenarnya Shaharim Salehuddin dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putera Ammar dan Putera Al‑Kasyah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini