Skuter elektrik punca kebakaran tragis di Perancis

Skuter elektrik punca kebakaran tragis di Perancis

ANGGOTA bomba memeriksa blok pangsapuri 10 tingkat yang terbakar di Reims, ibu kota wilayah Champagne di Perancis.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REIMS: Sebuah skuter elektrik berkuasa bateri dipercayai menjadi punca kebakaran dahsyat yang meragut empat nyawa di sebuah blok pangsapuri 10 tingkat di Reims, ibu kota wilayah Champagne, menurut pihak berkuasa.

Kebakaran itu bermula awal pagi Jumaat di sebuah unit di tingkat empat menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terjun dari tingkap dan maut.

Mayat rentung yang ditemukan di dalam unit tersebut dipercayai abang mangsa berusia 15 tahun, kata Pendakwa Raya Reims, Francois Schneider.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang wanita berusia 87 tahun dan anak lelakinya berumur 59 tahun yang tinggal di tingkat lapan turut maut akibat sesak nafas kerana terhidu asap tebal.

Dua individu cedera parah termasuk bapa tiri kepada dua beradik yang maut, manakala 26 yang lain dirawat di hospital akibat kecederaan ringan.

Schneider menjelaskan, siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah dan insiden dipercayai berlaku secara tidak sengaja apabila api marak dengan pantas daripada skuter yang tiba-tiba terbakar atas sebab yang belum diketahui.

“Kebakaran yang melibatkan bateri adalah sangat sukar untuk dipadamkan,” katanya sambil menambah pasukan bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk mengawal api.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN