‘Penjelasan AGC bukti saya ikut prosedur dalam pengampunan Anwar’

‘Penjelasan AGC bukti saya ikut prosedur dalam pengampunan Anwar’

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penjelasan Ja­batan Peguam Negara (AGC) berhubung pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 membuktikan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mematuhi sepenuhnya proses perundangan yang sah.

Menurut Dr. Mahathir, penjelasan AGC itu turut menepis segala tuduhan bahawa beliau bertindak di luar peraturan semasa pengampunan tersebut diberikan sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Penjelasan itu membersihkan nama saya daripada tuduhan-tuduhan bahawa saya tidak mengikut proses yang betul dalam mendapatkan pengampunan untuk Anwar, seperti yang didakwa dalam beberapa isu sebelum ini termasuk kes Pulau Batu Puteh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelmarin, AGC menjelaskan proses pengampunan Anwar PRU-14 adalah sah dan mengikut prosedur Lembaga Pengampunan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Dr. Mahathir berkata, sejak 2018, pengamal undang-undang termasuk mereka yang rapat dengannya mempertikaikan kesahihan pengampunan itu, malah seorang peguam turut memfailkan saman mencabar keputusan berkenaan pada 2020.

“Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar untuk batalkan saman tersebut, namun Mahkamah Rayuan membenarkannya kerana plaintif tiada locus standi, manakala Mahkamah Persekutuan menolak rayuan kerana isu dianggap akademik,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, isu itu kembali dipersoalkan apabila timbul kontroversi berhubung Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong mengenai permohonan tahanan rumah oleh penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengapa titah Seri Paduka tidak dilaksanakan, sedangkan pengampunan Anwar boleh diluluskan.

Mengulas dakwaan terba­haru terhadap Anwar, Dr. Ma­hathir membidas usaha Perdana Menteri untuk mendapatkan imuniti undang-undang daripada tindakan saman sivil  oleh bekas pembantunya, yang mendakwa berlakunya serangan seksual.

“Bagi pengkritik Anwar, tindakan ini bercanggah dengan prinsip keadilan kerana tiada siapa pun harus mempunyai kekebalan daripada menghadapi proses undang-undang apabila dituduh melakukan kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, permintaan Anwar itu telah mendorong sesetengah pihak mengaitkan perkara tersebut dengan keistimewaan pernah diperolehnya sewaktu menerima pengampunan penuh dahulu.

“AGC harus sedar bahawa semua pertikaian ini saling berkaitan. Jika tidak ditangani dengan telus dan segera, ia boleh menular menjadi penyakit yang merosakkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara,” tegas beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini