Kempen Timbalan Presiden jejas persepsi terhadap PKR

Kempen Timbalan Presiden jejas persepsi terhadap PKR

SHAMSUL Iskandar Mohd. Akin menyampaikan replika kunci Rumah Mesra Rakyat kepada Mohd. Amir Othman di Taman Desa Molek, Ayer Molek, Melaka semalam-UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kritikan terbuka dibuat Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap pemimpin dalam dan luar parti sepanjang kempen Pemilihan PKR bukanlah merupakan tindakan yang bijaksana.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, pendekatan yang digunakan Timbalan Presiden PKR itu juga tidak membawa keadaan kondusif kepada parti malah sebaliknya boleh menjejakan persepsi anggota dan rakyat terhadap parti itu.

Beliau yang juga Ketua Cabang Hang Tuah Jaya berkata, ini bukan kali pertama parti mengadakan pemilihan namun malangnya Rafizi tidak menggunakan pendekatan berkempen dalam suasana harmoni.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perdana Menteri yang ju­ga Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membe­ri panduan dan peringatan se­waktu berkempen biarlah dalam suasana harmoni dan istilah yang digunakan Perdana Menteri jangan lajak.

“Sebagai pemimpin politik yang lama tentu mahukan pemilihan ini menjadi satu me­dan untuk memilih pemimpin yang kita rasa boleh menyediakan suatu wadah yang boleh diterima oleh semua kaum.

“Kita tahu dalam keadaan sekarang ini semua rakyat Malaysia melihat Keadilan ini sebagai parti teras yang mengemudi kerajaan Madani Tentulah kita perlu menunjukkan satu contoh yang baik dan saya ambil pendirian berkongsi pandangan yang sama dengan Perdana Menteri dan kita tahu selepas pemilihan nanti adalah waktu untuk kita merapatkan saf kepimpinan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas me­nyampaikan kunci Rumah Mes­ra Rakyat 2025 Syarikat Pe­ru­mahan Negara Berhad (SPNB) kepada dua penerima di Taman Desa Molek, Ayer Molek di sini semalam.

Mengulas lanjut Shamsul berkata, tindakan Rafizi yang juga calon Timbalan Presiden itu melakukan serangan terlajak akan menyukarkan proses pemilihan dan merapatkan saf apabila selesai pemilihan parti itu nanti.

Sehubungan itu, beliau me­ngajak pengundi serta perwa­ki­lan Kongres PKR yang akan ber­mula esok membuat pilihan bi­jak bagi memastikan pemim­pin nombor dua yang dipilih mampu untuk bersama dengan Anwar mengemudi parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini