Empat anak sambung legasi ibu bapa sebagai pendidik

Empat anak sambung legasi ibu bapa sebagai pendidik

ABDULLAH Hasman (dua dari kini) bersama adik-beradik lain yang meneruskan legasi ibu bapa sebagai warga pendidik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kata-kata hikmat seorang bapa yang menyebut ilmu adalah amanah perlu disampaikan seorang guru, menjadi motivasi empat anaknya meneruskan legasi sebagai warga pendidik.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), Abdullah Hasmam, 45, bapanya, Hasmam Ramli yang meninggal dunia pada usia 69 tahun menganggap tugas sebagai guru mempunyai tanggungjawab besar bagi mendidik anak bangsa.

Abdullah merupakan anak keempat berkata, ahli keluarga lain menjadi guru iaitu kakak sulungnya, Anidah, 57, kini pesara guru diikuti anak kedua, Dr. Aisah, 55, sebagai pensyarah Institut Perguruan (IPG) Raja Melewar Seremban dan anak bongsu, Abdul Rahim, 35, guru di Marudi Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bapa saya bersara sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Sepat Kuala Langat lebih sedekad lalu. Dia adalah seorang dianggap garang dan tegas oleh para pelajar.

“Namun ketegasannya adalah demi mendidik pelajar-pelajar supaya menjadi manusia yang bijaksana. Mungkin ini menjadi motivasi kami untuk menjadi guru,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Banting baru-baru ini.

Katanya, arwah ibunya, Siti Hadiah Abdul Rahman juga pesara guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan pernah menjadi guru sekolah kebangsaan.

“Cuma tiga beradik lain tidak menjadi guru iaitu kakak saya nombor dua, Aidah, 56, menjadi suri rumah, adik saya anak nombor lima, Abd. Mutalib, 43, sebagai Kaunselor Tahanan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Langat dan adik saya anak nombor enam, Abd.Rahman, 40, kini menjadi pemandu lori dan pernah menjadi guru tuisyen.

“Maknanya legasi orang tua sebagai guru dan pensyarah diteruskan sebahagian besar dalam kalangan tujuh adik-beradik kami,” katanya.

Sementara itu Aisah berkata, pesanan bapa agar anak-anaknya mendidik anak bangsa dengan bersungguh-sungguh sentiasa menjadi pegangannya hingga beliau berada pada tahap sekarang. 

Jelasnya lagi, bapanya turut berpesan kepada anak-anaknya untuk mendidik para pelajar terutama dalam kalangan umat Islam untuk belajar ilmu agama dengan tekun bagi memastikan sosioekonomi ummah terus diperkasakan.

“Rezeki saya atas tunjuk ajar emak dan bapa, saya berjaya dalam pelajaran terutama dalam Bahasa Arab dengan mendapat biasiswa untuk belajar di Jordan.

“Apa yang paling penting legasi sebagai pendidik telah menjadikan saya sebagai pensyarah yang mendidik bakal guru,”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini