Maritim Malaysia meterai MoU strategik RM1.19 bilion

Maritim Malaysia meterai MoU strategik RM1.19 bilion

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, semalam. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md. Nor. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan operasi maritim negara menerusi pemeteraian beberapa perjanjian strategik bernilai RM1.19 bilion pada Pameran Udara dan Ma­ritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), semalam.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, perolehan itu amat signifikan dalam memperkukuh kesiapsiagaan agensi menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

“Antara perolehan utama ialah Kapal Misi Pelbagai Fungsi (MPMS) daripada Desan Shipyard bernilai RM300 juta serta penyelenggaraan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) oleh AMP Corporation (M) Sdn. Bhd. di Semenanjung Malaysia bernilai RM59.45 juta.

“Turut dimeterai ialah pembelian empat helikopter medium lift menerusi Galaxy Aerospace (M) Sdn. Bhd. di bawah Program Kolaborasi Industri (ICP) bernilai RM529.66 juta,” katanya.

Majlis pemeteraian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman dengan disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Satu Surat Hasrat (LOI) turut ditandatangani bagi menyiapkan dua buah kapal peronda luar pesisir (OPV 2 dan OPV 3) oleh Shin Yang Shipyard Sdn. Bhd. dengan nilai projek RM298.5 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×