‘Saya ingat akan mati ditembak malam itu’

‘Saya ingat akan mati ditembak malam itu’

KIM Kardashian (kiri) bersama ibunya Kris Jenner ketika tiba di mahkamah di Paris, Perancis. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Selebriti terkenal Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian tidak dapat menahan air mata ketika menceritakan semula detik dirinya menjadi mangsa rompakan bersenjata di sebuah hotel mewah di Paris, Perancis pada tahun 2016.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Palais de Justice, Paris, Kardashian, 44, menggambarkan dia menyangka dirinya akan dirogol dan ditembak mati apabila dua lelaki bersenjata menyamar sebagai anggota polis menceroboh biliknya.

“Seorang daripada mereka me­nunjuk ke arah jari sambil ber­kata ‘cincin, cincin’ sebelum menarik saya.,” katanya.

Dia kemudiannya diikat pada pergelangan tangan dan kaki menggunakan zip tie serta pita pelekat sebelum mulutnya ditutup.

Kardashian berada di ibu kota Perancis itu sempena Minggu Fesyen Paris dan baru pulang dari makan malam apabila insiden berlaku.

Seramai 10 suspek berumur antara 35 hingga 78 tahun, sembilan lelaki dan seorang wanita dibicarakan berhubung kes rompakan terbesar membabitkan individu di Perancis dalam tempoh dua dekad.

Daripada jumlah itu, lapan orang menafikan penglibatan mereka dan kumpulan penjenayah tersebut digelar grandpa gang kerana usia mereka yang lanjut.

Mereka melarikan barang kemas bernilai AS$10 juta (RM47 juta), termasuk sebentuk cincin berlian 18.88 karat yang dihadiahkan bekas suaminya, Kanye West, yang dianggarkan bernilai AS$4 juta

(RM18.8 juta).
Kardashian mengakui sebelum itu dia tidak pernah berasa tidak selamat namun pengalaman tersebut mengubah segalanya dan kini, dia sentiasa ditemani pasukan keselamatan di rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×