Bibir, merupakan kulit di bahagian wajah yang tidak dapat menghasilkan minyak secara semula jadi bagi melembapkannya.
Malah, kulit bibir tidak memiliki liang pori, kelenjar sebum mahupun peluh.
Lapisan kulit pada bibir adalah lima kali lebih nipis berbanding kulit wajah, menjadikannya lebih mudah terjejas dan terdedah kepada kerosakan serta perubahan tona warna.
Justeru, penjagaan bibir kini tidak lagi terhad kepada pelembap semata-mata, malah merangkumi rawatan menyeluruh untuk kesihatan dan kecantikan.
Gabungan tujuh minyak botani daripada biji buah pir, avokado, jojoba, buah keras (macadamia), biji oat, kacang soya dan biji bunga meadowfoam mempunyai kuasa pemulihan tinggi untuk kulit yang rosak.
Minyak biji buah pir berduri dikenali sebagai minyak paling berharga di dunia kerana kandungan vitamin E yang sangat tinggi.
Ia bertindak sebagai pelindung unggul terhadap radikal bebas, sambil menyuburkan bibir dengan asid lemak penting yang mempercepatkan proses pembaharuan kulit.
Gabungan ini terdapat dalam jenama produk penjagaan kecantikan Malaysia, Skinmade yang menawarkan penjagaan kesihatan bibir.
Produk yang dirumus dengan tujuh jenis minyak berkenaan berupaya mengatasi masalah bibir wanita Asia yang disebabkan oleh cuaca panas dan pendedahan terlalu lama di ruang yang mempunyai penghawa dingin.
Ia bukan sahaja dapat melembapkan, malah memperbaiki dan meremaja semula keadaan bibir secara menyeluruh.

MANJAKAN BIBIR
Setiap sapuan memberi sensasi mewah yang menenangkan, merawat dan meremajakan bibir dalam satu masa.
Sementara itu, minyak biji oat digunakan untuk merawat kulit bibir yang sensitif. Kaya dengan beta-glukan semula jadi, ia membantu menguatkan lapisan perlindungan kulit sambil mengurangkan kemerahan dan inflamasi.
Bibir yang sebelum ini mudah menggelupas dan merekah akan menjadi rata dan lebih lembap berkilau.
Minyak kacang soya yang kaya dengan vitamin E dapat menyerap jauh ke dalam lapisan kulit bibir.
Minyak tersebut mampu merangsang penghasilan kolagen semula jadi dan menjadikan bibir lebih tegang serta anjal.
Ia juga mempercepat proses penyembuhan untuk masalah bibir merekah, kering dan kerap luka.
Minyak jojoba juga bertindak mengembalikan keseimbangan semula jadi bibir tanpa membuatkan permukaan kulit terasa berminyak bagi memberikan rasa yang selesa setiap kali penggunaan.
Seterusnya, minyak avokado iaitu minyak yang kaya dengan vitamin A, D dan E serta asid oleik iaitu asid lemak omega-9 monotepu.
Minyak avokado dan buah keras mampu menyerap jauh ke dalam kulit bibir, memberikan kelembapan dan memperbaharui tekstur bibir yang kasar kepada permukaan halus dan gebu, seakan satin semula jadi.
Turut melengkapkan formula teknologi terbaharu, minyak biji bunga meadowfoam yang berfungsi meningkatkan keberkesanan bahan aktif lain dalam formulasi itu.
Selain itu, penggunaan mentega syi yang diperoleh daripada lemak biji kacang pokok shea dari Afrika berfungsi memberi kelembapan yang efektif.










