Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan di pelabuhan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd dan Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (Pro-Net) mengumumkan penyerahan tiga unit Proton e.MAS 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan Northport, menetapkan piawaian baharu dalam operasi keselamatan hijau. 

Pencapaian ini juga menandakan Northport sebagai syarikat dan pengendali pelabuhan pertama di negara ini yang mengguna dan mengendalikan e.MAS 7 dalam pengurusan kenderaan syarikat.

Ini sekali gus mengukuhkan komitmennya dalam usaha elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) korporat dan penyelesaian pengangkutan lestari.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Northport, sebuah organisasi yang menjadi contoh dalam mengamalkan kelestarian. 

Katanya, Proton e.MAS 7 direka untuk kegunaan harian yang praktikal dan penggunaannya dalam operasi Northport membuktikan bahawa kenderaan elektrik ini bukan sekadar visi masa depan, tetapi satu penyelesaian yang boleh diguna pakai hari ini. 

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan mobiliti lestari dengan lebih bermakna.

  “Northport menggunakan Proton e.MAS 7 untuk memperkukuh inisiatif pelabuhan hijau dan mencerminkan usaha berterusan Northport untuk menjadikan operasinya lebih mesra alam. 

“Sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya pertama dari Proton, e.MAS 7 menawarkan manfaat praktikal untuk kegunaan harian. Pemanduannya yang lancar dan senyap bukan sahaja menjadikan pengalaman rondaan lebih selesa, malah membantu mengurangkan keletihan anggota bertugas, terutamanya dalam syif yang panjang,” katanya dalam kenyataan.

Qiang berkata, operasi yang lebih senyap turut membantu mengurangkan pencemaran bunyi di sekitar kawasan pelabuhan. 

“Dengan keupayaan pengecasan pantas, kenderaan ini sentiasa bersedia untuk digunakan pada bila-bila masa. Teknologi janaan elektrik yang cekap membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon.

“Tambahan pula, dengan bilangan komponen bergerak yang lebih sedikit berbanding kenderaan petrol biasa, kos penyelenggaraan juga dapat dikurangkan. Ini menjadikan e.MAS 7 satu

langkah bijak dalam perjalanan Northport ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari,” katanya. 

  Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Fakhrul Azhar Tajudin berkata, pihaknya komited untuk mengamalkan pendekatan yang lestari dan menyokong penyelesaian tenaga bersih. 

“Proton e.MAS 7 sejajar dengan matlamat alam sekitar kami serta menyokong inisiatif Pelabuhan Hijau dan komitmen ESG kami. 

“Sebagai sebuah pelabuhan yang berbangga dengan identiti Malaysia, pemilihan jenama Proton turut mencerminkan sokongan kami terhadap inovasi tempatan dan pembangunan industri negara. 

“Proton e.MAS 7 menawarkan keseimbangan yang tepat antara prestasi, keselamatan dan teknologi menjadikannya pilihan yang sesuai untuk memenuhi keperluan operasi pelabuhan yang mencabar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×